Skip to main content

Berita Sukan Am

Sukan SEA Thailand: MSN tanggung kos tambahan perpindahan kontinjen dari Songkhla ke Bangkok

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Thailand sasar 241 pingat emas

Majlis Sukan Negara (MSN) bakal menanggung semua kos tambahan membabitkan perpindahan atlet Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Ke-33 daripada wilayah selatan Thailand, Songkhla yang dilanda banjir, untuk membawa cabaran di Bangkok dan Chonburi.

Kelulusan untuk menampung kos tambahan yang dianggarkan melebihi RM500,000 itu telah dipersetujui dalam Mesyuarat Lembaga Pengurusan MSN yang dipengerusikan Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, pada Isnin.

Advertisement

Keputusan itu bertujuan memastikan semua atlet negara daripada 10 jenis sukan, baik daripada Kategori A mahupun Kategori B, tidak diganggu kebimbangan yang mampu menjejaskan fokus dan prestasi mereka daripada insiden luar jangka seperti yang dialami ketika ini.

Kelulusan bagi menampung kos tambahan itu diharapkan dapat menjadi pembakar semangat dan menyemarakkan kesungguhan semua atlet berjuang untuk membawa pulang pingat kepada negara.

Keputusan itu selari dengan keprihatinan yang disuarakan Kerajaan Madani mengenai nasib seramai 206 atlet dan pegawai Kontinjen Malaysia yang berdepan kesukaran setelah dipaksa berpindah hanya beberapa hari sebelum temasya Sukan SEA Ke-33 bermula.

Atlet-atlet negara di Songkhla sebelum ini dijadualkan mengambil bahagian dalam acara muay, pencak silat, bola sepak lelaki, catur, judo, kabaddi, karate, petanque, wushu dan gusti. Sembilan sukan itu kini akan dilangsungkan di Bangkok kecuali gusti yang akan bersaing di Chonburi.

Must Watch Video