Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Nafuzi Zain, mengesahkan penyerang Kuala Lumpur (KL) City, Haqimi Azim Rosli, tidak sempat menyertai pasukan untuk pertemuan menentang Vietnam dalam kempen Sukan SEA Thailand, esok.
Haqimi terpaksa pulang ke tanah air kerana bapanya meninggal dunia semalam, dan dia hanya akan kembali ke Bangkok jika Malaysia layak ke separuh akhir.
Advertisement
"Mungkin kita ada sedikit perubahan bergantung kepada pemain yang sedia ada.
π¨ Haqimi Azim Rosli sah tidak bersama pasukan untuk pertemuan menentang Vietnam, penyerang B23 negara itu hanya akan kembali ke Bangkok jika Malaysia mara ke separuh akhir. πͺπΌπ²πΎ@ASTROARENA pic.twitter.com/21NvIYl7Da
β Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 10, 2025
"Kita tahu bagaimana kekuatan Vietnam. Kami tidak boleh tewas kepada mereka.
"Kami akan menjadi juara kumpulan jika kami sekadar seri dengan Vietnam dan terus layak ke separuh akhir.
"Tetapi, kami tidak boleh terlalu bertahan. Kami tetap akan cuba untuk menjaringkan gol dan elak daripada tewas," katanya.