Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Malaysia rangkul pingat emas acara kriket T20 buat kali pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Malaysia rampas semula emas acara kriket T20

Malaysia membutirkan pingat emas dalam acara kriket T20 Sukan SEA Thailand selepas menewaskan Singapura enam wiket dalam aksi penentuan pusingan round-robin di Bangkok, sebentar tadi.

Virandeep Singh muncul wira negara apabila dia melakukan 65 larian tanpa kalah daripada 40 bola, termasuk tujuh empat dan tiga enam, sekali gus menghadiahkan emas T20 pertama negara selepas Malaysia dua kali sekadar muncul naib juara di belakang Singapura pada edisi 2017 dan Kemboja 2023.

Advertisement

Malaysia berjaya mengejar sasaran 111 larian dengan mencatat 111/4 dalam 11.4 over selepas Singapura disingkirkan dengan 110 larian dalam 19.3 over.

Filipina meraih pingat perak selepas menewaskan Thailand satu wiket, manakala Singapura membawa pulang gangsa di Padang Kriket Terdthai.

Must Watch Video