Krisis Thailand-Kemboja kembali memuncak selepas serangan udara di sempadan kedua negara itu pada awal pagi ini menarik perhatian Chef de Mission (CDM) Malaysia, Nurul Huda Abdullah, yang menegaskan situasi semasa dalam pemantauan pihaknya.
Ketika pihak tuan rumah memberi jaminan keadaan semasa melibatkan kawasan yang terbabit dengan penganjuran Sukan SEA berada dalam situasi yang baik, Malaysia tetap serius dengan kepentingan keselamatan atlet dan pegawai yang kini berada di Thailand.
Advertisement
Kontinjen negara bekerjasama dengan Kedutaan Malaysia di Thailand, tidak menolak bakal ada keputusan drastik jika keadaan semasa memerlukan tindakan segera.
Kontingen Malaysia tidak menolak akan ada tindakan drastik sekiranya perlu.
Krisis di sempadan Thailand-Kemboja dalam perhatian serius pihak sekretariat dengan mengambil kira nasihat kedutaan Malaysia di Thailand pic.twitter.com/8HBL1wV2xl— FinaNasrom (@fnasrom) December 8, 2025
"Kami sedar dengan situasi itu, dan sedang berhubung rapat dengan pihak kedutaan.
"Jika ada isu yang akan memberi impak besar, kami akan segera mengambil tindakan. Kami akan terus menunggu perkembangan selanjutnya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.