Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Malaysia belum puas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Huda

Ini belum penamatnya.

Chef De Mission Malaysia ke Sukan SEA Thailand, Nurul Huda Abdullah, menegaskan biarpun pungutan 200 pingat tercapai pada hari ini, ia tidak bermaksud, kontinjen negara berada dalam fasa bulan madu bagi tempoh dua hari lagi sebelum melabuhkan tirai.

Advertisement

Sasaran pingat terbaik tetap menjadi fokus utama kontinjen negara menerusi beberapa sukan yang masih dalam mod pertandingan seperti berbasikal, terjun, hoki dan squash.

"Saya mengucapkan tahniah kepada seluruh kontinjen.

"Ini adalah usaha bersama melibatkan seluruh pihak.

"Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada bekas Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, kerana selalu mempercayai kami dan sering menyokong semua pihak.

"Walaupun kami sudah mencapai sasaran, kami tidak akan berhenti. Kami tetap akan memberikan yang terbaik.

"Kami tahu kami akan mencapai lebih banyak pingat," katanya di Nadi Arena.

Dalam masa sama, Malaysia tampak memburu kedudukan keempat keseluruhan temasya dwitahunan itu selepas berjaya mencapai sasaran.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, mengakui pencapaian kontinjen negara didorong oleh aksi mantap atlet muda dan ramai yang melebihi sasaran pingat masing-masing pada temasya kali ini.

"Kita sangat berpuas hati dengan prestasi setiap atlet terutamanya atlet muda.

"Banyak rekod kejohanan dan kebangsaan berjaya dipecahkan.

"Ini menunjukkan perancangan persatuan dan atlet-atlet yang dilahirkan memberi pulangan lumayan kepada negara," katanya. 
 

Must Watch Video