Ketua jurulatih ping pong negara, Beh Lee Wei, tekad untuk mengakhiri kemarau emas Malaysia dengan kali terakhir pada Sukan SEA 1991 menerusi Phua Bee Sim dan Chong Choi Ting dalam kategori beregu wanita.
Bagi Beh Lee Wei, kegagalan meraih emas sebelum ini disebabkan barisan pemain muda yang menjadi taruhan.
Advertisement
Meskipun konsisten ke final, kali ini barisan pemain yang ada lebih matang, sekali gus lebih bersedia menghadapi Sukan SEA Thailand 2025 hujung tahun ini.
"Kali ini, pemain kami dapat lebih banyak pendedahan di luar negara dan menang banyak pertandingan.
"Daripada segi motivasi, sememangnya kami memiliki peluang besar untuk menang," katanya di Nadi Arena.
Sementara itu, prospek pingat negara di Thailand, Chong Javen dan Wong Qi Shen, sedia menyahut laungan jurulatih tatkala persiapan mereka lebih meyakinkan dan lebih baik berbanding edisi sebelum ini.
"Kami akan bermain dengan baik kemudian baru fikir menang," kata Chong Javen.