Pingat emas kedua daripada skuad olahraga tercipta menerusi acara lontar peluru wanita yang dimenangi oleh Nani Sahirah Maryata sebentar tadi.
Nani Sahirah merupakan antara atlet kerap kali mempamerkan persembahan yang meyakinkan menjelang saingan Sukan SEA dan dia sekali lagi membuktikan dirinya berada puncak pentas Asia Tenggara.
Advertisement
Dalam lima percubaan yang diberikan kepada setiap atlet bertanding, lontaran emas Nani tercipta pada percubaan sekali gus tidak mampu dicabar oleh enam pesaing dalam saingan akhir Sukan SEA Thailand kali ini.
Wakil tuan rumah, Areerat Itandis, sekadar berpuas hati dengan perak manakala Vietnam melengkapkan podium.