Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Letshanaa, Justin langkah kanan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Sukan SEA Thailand: Letshanaa, Justin langkah kanan

Kem badminton negara mempamerkan permulaan cemerlang dalam acara perseorangan saingan Sukan SEA Thailand 2025.

Wakil negara turun dengan misi melupakan hampa di acara berpasukan untuk memulakan saingan peringkat individu.

Advertisement

K. Letshanaa turun bertemu wakil Singapura, Jaslyn Yue Yann Hooi.

Atas kertas, kelebihan sememangnya milik Letshana yang mengsisi ranking ke-43 dunia berbanding lawan yang menghuni ranking 192 dunia.

Sengit pertarungan di set pertama sebelum Letshana memastikan kelebihan menerusi kemenangan 21-17.

Set kedua, Jaslyn menjelmakan kebangkitan bagi menghidupkan peluang meneruskan kemaraan.

Dia bijak menyusun gerakan sehingga aksi terikat 20-20.

Namun di sini, kelebihan Letshana membuahkan hasil untuk dia pantas menutup permainan dengan kemenangan 22-20.

Sementara itu, wakil perseoarangan negara, Justin Hoh juga mara ke suku akhir selepas menewaskan wakil singapura secara straight sets.

Justin sedikit bergelut di awal permainan dengan seakan mencari corak permainan sehingga pemain Singapura itu sampai ke mata interval terlebih dahulu,

Justin yang ketinggalan lima mata ketika itu berjaya bangkit untuk menyamakan kedudukan dan kesilapan pukulan lemah Jason Teh yang tersangkut di jaring memberi mata kemenangan set pertama buat Justin 22-20.

Tiada tanda kebangkitan lawannya itu di set kedua selepas Justin terus mengekalkan rentak konsistensi untuk ke mata 11 terlebih dahulu.

Smash terakhir menjadi pemisah kedua pemain itu untuk justin hoh merampas set kedua 21-15.
 

Must Watch Video