Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, ditunjukkan jalan keluar oleh wakil Indonesia, Zaki Ubaidillah, selepas pertarungan yang berdurasi 44 minit di Gimnasium Thamasat Rangsit, sebentar tadi.
Jun Hao yang turun selaku pilihan keempat kejohanan itu memberikan saingan sengit sebelum terpaksa akur dengan pihak lawan yang lebih bertenaga sekali gus tewas 18-21,13-21 untuk menafikan hajat wakil negara ke pentas akhir.
Advertisement
#SEAGames2025 | Individual Events
MS | SF#INA🇮🇩 Alwi Farhan 2️⃣ def. #MAS🇲🇾 Justin Hoh 21-10 15-21 21-14
⏱️ 1h 9m
*SEA Games debutant Justin secures a bronze medal for Malaysia after a three-set semi-final defeat against Indonesia’s World No. 17🥉#GemilangkanLagi… pic.twitter.com/MnDX1YAET7— BAM (@BA_Malaysia) December 13, 2025
Dalam pada itu, seorang lagi wakil negara, Justin Hoh, tewas melawan kepada pilihan kedua kejohanan dari Indonesia, Alwi Farhan, 10-21,21-15,14-21.
Nantikan laporan penuh di Nadi Weekend malam ini.