Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Kita semua di sini dengan senyuman lebar -- CDM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Nurul Huda

Chef de mission (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Thailand 2025, Nurul Huda Abdullah, berbangga dengan pencapaian kontinjen negara dalam temasya dwitahunan itu.

Kontinjen negara melangkaui sasaran 200 pingat keseluruhan dengan ketika ini menghimpunkan 229 pingat untuk menduduki tempat keempat dengan 56 emas, 57 perak dan 116 gangsa.

Advertisement

Malaysia akan menambah satu lagi pingat selepas tamat final acara sepak takraw antara regu menentang Vietnam sebentar lagi untuk jumlah keseluruhan ditamatkan dengan 230 pingat.

Ia merupakan pungutan pingat terbanyak sepanjang sejarah penganjuran di luar Malaysia dan Nurul Huda meluahkan rasa gembira dan bangga terhadap pencapaian itu.

"Seperti yang anda dapat lihat, kita semua berada di sini dengan senyuman lebar," katanya dalam sidang media kontinjen negara yang disiarkan secara langsung dalam Nadi Khas sebentar tadi.

"Saya pasti anda semua gembira kita berjaya mencapai sasaran.

"Sebagai CDM kontinjen Malaysia, saya duduk di sini dengan kebanggaan yang besar untuk membentangkan rangkuman temasya kali ini."

Tonton video penuh di sini:
 

 

Must Watch Video