Kekemasan aksi taekwondo poomsae berpasukan wanita negara, Seah Jing Ying, Wong Zin dan Yow Mei Yee, dalam rutin pertama 'keumgang' umpama petanda awal bahawa kemunculan mereka adalah demi menebus kehampaan sasaran pingat emas Sukan SEA Thailand dalam acara sebelah pagi tadi.
Mereka bersahaja, namun tepat dan tajam dalam mengatur setiap pergerakan memberikan kemenangan pertama dalam keumgang sebelum kecemerlangan itu bersambung dalam rutin taebaek.
Advertisement
Hakikatnya ketiga-tiga wakil negara itu memiliki kecederaan kecil yang sememangnya mampu mengganggu fokus pentas final, namun situasi itu diketepikan demi maruah negara.
sot seah jing ying/yow mei yee/wing zin, emas poomsae berpasukan wanita
"Kami telah mengadakan banyak kem latihan di Korea Selatan.
"Dengan tunjuk ajar daripada jurulatih Jing Ying telah menyuntik keyakinan kepada kami," kata Jing Ying.
Menurut Wing Zin pula: "Saya sangat terkejut kerana mampu memungut emas.
"Saya mengalami kecederaan ringan dan hasil bantuan pegawai ISN (Institut Sukan Negara) sebelum memasuki gelanggang membolehkan saya dapat menghasilkan persembahan."
