Kemboja secara rasmi telah menarik diri daripada sukan bola sepak lelaki dan wanita daripada Sukan SEA Thailand yang akan berlangsung kurang tiga minggu lagi.
Berdasarkan laporan semasa, pengunduran dibuat disebabkan kebimbangan keselatan membabitkan sempadan kedua-dua negara, termasuk bencana alam iaitu banjir yang berpanjangan di beberapa tempat sehingga mengganggu venue dan persiapan.
Advertisement
Ia, juga memaksa tuan rumah untuk mempertimbang pilihan berpindah lokasi, kerana pada asalnya Songkhla merupakan tempat asal penganjuran acara bola sepak.
🚨🇰🇠Cambodia has officially withdrawn its men’s and women’s football teams from the 2025 SEA Games, following a letter sent by the National Olympic Committee of Cambodia on 26 November.#SEAGames2025 #Cambodia #ASEANFootball pic.twitter.com/wvuJQmLCPF
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) November 26, 2025
Dengan Kemboja keluar daripada bola sepak lelaki, Kumpulan A kini hanya tinggal dua pasukan: Thailand dan Timor-Leste.
Keputusan ini bakal mendorong Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEA) membuat undian baru untuk pasukan bola sepak yang bertanding.
Kemboja menekankan bahawa keputusan itu dibuat untuk melindungi atlet dan kakitangan, sambil berharap penganjur mahupun badan berwajib memahami perkara itu.
Selain bola sepak, Kemboja juga menarik semula penyertaan lapan sukan lain, sekali gus hanya menghantar wakil dalam 13 acara seperti renang, olahraga, e-sukan, lawan pedang, gimnastik, jujitsu, kickboxing, taekwondo, ekuestrian, jet ski, triatlon, teqball dan bola tampar.