Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Kem wushu Malaysia mula tambah pungutan pingat hari ini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wushu

Kem wushu kebangsaan menjadi sukan pertama hari ini menambah pungutan pingat kontinjen Malaysia dalam Sukan SEA Thailand pada hari kelima.

Setakat ini, dua gangsa sabagai tambahan berjaya diperolehi untuk disumbangkan dalam sasaran 200 pingat.

Advertisement

Menurut laporan wartawan Astro Arena, Kamal Nizam, yang berada di lokasi, Clement Ting Su Wei menamatkan kejohanan peribadinya tahun ini dengan menaiki podium acara changquan daoshu - gunshu.

 

 

Seorang lagi daripada kategori wanita acara taijijian menerusi Sydney Chin Sy Xuan turut berjaya mendapatkan pingat gangsa. Dia kemudiannya mengesahkan dirinya bersara daripada arena wushu selepas membantu Malaysia.

Must Watch Video