Menjelang perlawanan gimnastik artistik yang bakal membuka tirai Sukan SEA Thailand 2025 esok, barisan atlet gimnastik negara kini baru sahaja mendarat di bumi Bangkok selepas keputusan untuk datang lebih awal daripada pelan sepatutnya demi menyesuaikan diri dengan venue pertandingan.
Jurulatih gimnastik artistik negara, Ng Shu Liang, berasakan wajar untuk melakukan perkara itu disebabkan barisan yang ada ketika ini juga terdapat atlet yang pertama kali akan beraksi di temasya dwitahunan itu.
Advertisement
Perkara itu juga termasuk barisan senior yang baru sahaja kembali daripada kecederaan seperti Sharul Aimy.
"Sharul baru pulih daripada kecederaan, ini kejohanan kedua buat dirinya tahun ini. Saya harap dia akan ada saingan terbaik.
"Dia berpengalaman, kali ini kami membawa atlet muda dan merupakan Sukan SEA pertama buat dirinya, jadi saya harap dia dapat pengalaman yang bagus di sana." katanya.