Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Kem badminton negara butir pingat perak acara berpasukan lelaki

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Sukan SEA Thailand: Kem badminton negara butir pingat perak acara berpasukan lelaki

Skuad badminton berpasukan lelaki negara tidak berpeluang untuk menamatkan kemarau dua dekad pingat apabila berpuas hati dengan pingat perak dalam saingan Sukan SEA Thailand.

Gymnasium 4, Thammasat University Rangsit Campus, Pathum Thani menjadi saksi skuad negara dalam usaha untuk memastikan pingat emas pertama dalam acara berpasukan lelaki, kali terakhir melakukannya pada edisi 2005 di Manila, Filipina.

Advertisement

Leong Jun Hao turun selaku wakil pertama negara bertemu Alwi Farhan, namun bekas juara remaja dunia 2023 itu menoktahkan kemenangan 21-12 dalam set pertama.

Momentum memihak pemain negara apabila tenang mendahului permainan 15-9, namun Ariff menemui jalan untuk memastikan kemenangan 21-19 dan memberi mata pertama buat Indonesia.

Aaron-Wooi Yik turun dalam acara beregu lelaki turut berdepan kejutan apabila tewas 12-21, 12-21 di tangan Sabar Karyaman Gutama-Muhammad Reza Pahlevi Isfahani.

Justin Hoh dalam perlawanan ketiga -- namun kebangkitan yang diharap terus menjauhi skuad negara apabila wakil Indonesia, Zaki Ubaidillah menoktahkan kemenangan 3-0 menerusi keputusan 21-12, 21-13.

Skuad berpasukan wanita negara pula meraih pingat gangsa apabila gagal melangkah ke final hari ini.
 

Must Watch Video