Juara 400m (meter) wanita Sukan SEA Kemboja 2023, Shereen Samson Vallabouy, terpaksa akur dengan persiapan saat akhir yang kurang memuaskan apabila menghadapi kecederaan hamstring sejak dua minggu lalu.
Shereen yang tersenarai dalam empat acara berharap kecederaannya dapat pulih sepenuhnya sebelum temasya Sukan SEA Thailand nanti sekali gus dapat pertahankan emas yang diraihnya pada 2023.
Advertisement
Atlet berusia 27 tahun itu juga berada dalam kuartet 4x100m berkongsikan bahawa dia bakal membuat keputusan di saat akhir jika mampu atau tidak untuk terus bertanding dalam acara-acara yang disertai bergantung kepada status kecederaannya.
"Acara pertama saya 400m jadi saya akan lihat daripada situ, ia terpulang bagaimana kaki saya mampu menanggani pada hari itu.
"Saya mahu mendapatkan pingat emas, sasaran saya semestinya mahu meraih pingat emas lagi. Tetapi saya akan berikan yang terbaik pada hari kejohanan nanti dan lihat bagaimana," katanya.
