Pertahanan B-23 tahun negara, Aysar Hadi, mengakui dia bersama pasukan dalam keadaan bersedia daripada aspek mental untuk sebarang kecaman mahupun cemuhan berhubung isu tujuh pemain warisan negara yang berdepan dengan dakwaan pemalsuan dokumen oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) berhubung kesalahan melanggar Artikel 22 Kod Disiplin sebelum ini.
Situasi itu semestinya antara yang akan dijadikan sebagai umpan untuk melemahkan semangat skuad negara khususnya melibatkan aksi kedua berdepan Vietnam dalam saingan Kumpulan B di temasya Sukan SEA Thailand nanti.
Advertisement
Aysar sedar isu itu menarik perhatian satu dunia, namun hanya tindak- tanduk yang profesional sahaja mampu menundukkan sebarang usaha untuk menjatuhkan semangat sepasukan.
"Keadaan macam biasa dan kami akan tetap focus dan berikan yang terbaik dalam padang, di luar padang pula saya akan ingatkan kepada semua bagaimana mahu menang dan beraksi.
"Saya optimis kami bersedia dengan kecaman ataupun mesej daripada penyokong pasukan lain." katanya.
Untuk rekod, Sukan SEA Thailand merupakan pentas Sukan SEA pertama dan terakhir buat pemain barusia 22 tahun itu.
Selepas kempunan dalam dua kejohanan dibawah kendalian Nafuzi Zain, Aisar berharap pentas Sukan SEA lebih bernasib baik dan mampu membuahkan hasil.