Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Jurulatih cukur kepala Malaysia menang emas, perbaharui rekod

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Harnizam

"Saya bakal tunai nazar botakkan kepala"  

Ketua jurulatih berbasikal negara, Harnizam Basri, ingin menunaikan janji sebaik skuad berbasikal pecut berpasukan negara cemerlang mengatasi rekod kebangsaan menerusi catatan terpantas dan mempertahankan pingat emas yang diraih pada 2017.

Advertisement

"Dia berhasil mendapatkan 1 minit, jadi saya akan botak.

"Saya ada dua acara pecut. Kalau dua-dua menang emas saya akan botak, dan cukur kepala jika pecahkan rekod," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Keampuhan barisan negara yang diwakili Muhammad Ridwan Sahrom, Fadhil Zonis dan Akmal Nazimi Jusena gagal dipecahkan skuad tuan rumah yang diketuai juara Dunia kierin 2019 Jai Angsuthasawit.

Ini juga adalah rekod kebangsaan yang baru buat pecut berpasukan negara dengan catatan terdahulu 1 minit 02.077 saat milik Datuk Azizul Hasni Awang, Josiah Ng dan Mohd Edrus Md Yunos yang di lakukan ketika Sukan Asia Incheon 2014.

Must Watch Video