INDONESIA 3 MYANMAR 1
Skuad B-23 negara bakal berhitung dengan Thailand dalam separuh akhir bola sepak Sukan SEA Thailand pada Isnin depan.
Advertisement
Kemenangan 3-1 Indonesia ke atas Myanmar di Chiangmai, sebentar tadi belum cukup untuk menghantar juara bertahan itu melewati saingan Kumpulan C, dan secara tidak secara langsung gagal memintas kedudukan barisan kendalian Nafuzi Zain tersebut yang muncul selaku naib juara terbaik.
Myanmar terlebih dahulu menggegar Sang Garuda menerusi Min Maw Oo sebelum Ton Firmansyah mengikat kedudukan 1-1 pada separuh masa pertama.
Namun, anak buah Indra Sjafri itu -- yang menerima tekanan hebat memerlukan kelebihan tiga gol -- menokok dua lagi jaringan melalui pemain gantian, Jens Raven pada minit ke-86 dan pada masa kecederaan.
Cuma ia hanya menunda penyingkiran mereka kerana dengan dipisahkan dengan satu jaringan untuk slot naib juara terbaik.
Suasana kemudian bertukar apabila berlaku perbalahan di antara kedua-dua pasukan sebaik wisel ditiupkan.
Satu lagi separuh akhir pula menemukan Vietnam dan Filipina.