Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Juara angkat berat Indonesia teringin makan nasi kandar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

angkat berat

Rizki Juniansyah merupakan anak kepada Muhammad Yasin yang juga adalah bekas atlet angkat berat Indonesia yang disegani pada era 90-an.

Dua bulan selepas meraih pingat emas Sukan Olimpik angkat berat 73kg, Yasin meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Advertisement

Sebagai seorang anak, Rizki terpanggil untuk melunaskan hajat arwah ayahnya yang tertangguh.

Pertama — untuk melihat anaknya itu menjadi seorang anggota tentera, dan peluang itu terbuka pasca kejayaan bersejarah di Paris.

"Saya sudah menyertai tentera laut sebagai leftenan dua perwira.

"Sebaik sahaja dilantik, saya terus menziarahi makam bapa," kata pemenang emas angkat berat 79kg Sukan SEA 2025 itu.

Sukan SEA Thailand yang melabuhkan tirai hujung minggu lalu merupakan pentas jalinan silaturrahim buat Rizki dan Erry Hidayat.

Ini kerana Yasin merupakan sahabat kepada Hidayat Hamidon.

Sensasi Rizki berterusan apabila dikalungkan pingat emas Sukan SEA Thailand dengan memperbaharui dua rekod dunia miliknya.

Rizki mencatat rekod dunia baru clean and jerk 205 kilogram serta rekod dunia dengan jumlah angkatan keseluruhan 365 kilogram...

Sejurus tamat upacara penyampaian pingat Sukan SEA, Rizki  mengatur pertemuan dengan Erry demi melunaskan hajat arwah ayahnya yang kedua yang pernah merancang untuk bertemu Hidayat sekeluarga di Malaysia.

"Malaysia sangat bagus dengan tempat liburan, saya pernah ke (Menara Kembar) KLCC.

"Saya suka makan nasi kandar dan durian.

"Saya teringin nak makan nasi kandar lagi.

"Mungkin saya akan kembali ke Malaysia sekitar Februari depan," katanya. 

Must Watch Video