Skip to main content

Olahraga

Sukan SEA Thailand: Jonathan Nyepa tidak sangka tersenarai acara 100m

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Jonathan Nyepa

Pelari pecut senior negara, Jonathan Nyepa, terkejut apabila namanya tersenarai dalam acara 100 meter menjelang Sukan SEA Thailand bulan depan.

Ini kerana dia pada awalnya hanya fokus untuk melayakkan diri dalam acara 4x100m temasya itu.

Advertisement

Bagaimanapun, Jonathan menganggapnya sebagai peluang keemasan untuk berentap dengan pelari terpantas Asia Tenggara yang lain.

"Untuk acara 100 meter, memang saya tidak menyasarkan untuk layak kerana saya lebih fokus kepada kelayakan acara 4x100m," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

"Kalau diikutkan kelayakan memang saya layak dan disebabkan Azeem (Fahmi) tidak dapat bertanding, mereka meletakkan nama saya.

"Saya teruja untuk bertanding dengan pelari-pelari tepantas Asia Tenggara kerana bukan mudah untuk mendapat peluang seperti ini, jadi kenapa tidak untuk saya mencuba."

 

Nike

Laju dengan Nike

Diskaun 30% dan ke atas untuk kasut Nike. Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!


Grab Sekarang

Must Watch Video