Skip to main content

Olahraga

Sukan SEA Thailand: Jonah Chang mahu jadi yang pertama ledak lontaran 19m

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

olahraga

Selain pingat emas, jaguh lontar peluru negara, Jonah Chang, hadir ke Thailand dengan misi tambahan iaitu melaksanakan lontaran sejauh 19 meter bagi memecah rekod kebangsaan miliknya, 18.66 meter, yang dilakarnya September lalu. 

Sasaran itu mampu dicapai memandangkan tahap fizikalnya  yang berada di tahap terbaik selain persiapan sepanjang 2025 yang disifatkan cukup lengkap.

Advertisement

"Makin dekat dengan kejohanan, saya rasa makin gemuruh tapi dengan sokongan semua, saya mengharapkan yang terbaik.

"Sasaran awal saya adalah rekod kebangsaan saya sendiri dan sekiranya saya melakukan lontaran 19m, ia dianggap bonus.

"Saya mahu menjadi atlet Sukan SEA pertama yang mencapainya (lontaran sejauh itu) memandangkan rekod Sukan SEA adalah 18.14m (milik atlet Filipina) William Morrison III," katanya.

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie- Toh Ee Wei, serta Jonah antara lapan atlet ke Sukan SEA yang menyertai program nutrisi sukan hasil kolaborasi bersama Ajinomoto.


"Sejak 2017 hingga kini, kami sering menyumbang kepada atlet yang menyertai Sukan SEA.

"Berbanding hanya olahraga sahaja pada masa lalu, kali ini kami juga memilih badminton.

"Diharapkan program ini mahu memacu pembangunan industri sukan menerusi nutrisi," Pengurus Besar Pemasaran Pengguna Ajinomoto, Lee Soon Howe.

Must Watch Video