Skip to main content

Bola Sepak

Sukan SEA Thailand: Jom ke Bangkok!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sea game

Pejam celik, kalendar sukan negara bakal tutup tirai dengan Sukan Sea pada December 2025. 

Selepas empat kali penganjuran, edisi kali ini adalah yang paling banyak tempat terlibat dalam sejarah Thailand, bertujuan untuk mempromosikan pelancongan dan penyertaan komuniti tempatan. 

Advertisement

Dan apabila menyebut tentang Bangkok sudah pasti banyak tempat menarik yang menjadi tumpuan antaranya  Rajamangala National Stadium iaitu lokasi utama upacara pembukaan dan penutupan.

Selain itu, tempat menarik lain ialah Grand Palace dan Wat Phra Kaew yang memiliki keindahan seni bina Thai dan kuil bersejarah.

Kepada yang suka membeli-belah, Chatuchak Market antara pasar hujung minggu terbesar, sesuai untuk cenderamata dan kalau hendak merasai suasana lebih santai boleh ke Asiatique The Riverfront lokasi membeli-belah dan santai di tepi sungai.

Terkenal dengan makanan yang unik dan sedap, suatu kerugian jika tidak merasai makanan tempatan Thailand seperti somtam dan juga tomyam. Tapi lebih rugi bila datang ke Bangkok tetapi tak beri sokongan kepada atlet Malaysia. 


 

Topik Berkaitan

Must Watch Video