Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Jinq En tutup karier dengan satu lagi rekod kebangsaan baharu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Sukan SEA Thailand: Jinq En tutup karier dengan satu lagi rekod kebangsaan baharu

'Saya sudah lama berusaha untuk memecahkan rekod kebangsaan ini', titisan air mata Phee Jinq En bukan sekadar tanda perpisahan tetapi simbol kemenangan terbesar dalam sebuah perjuangan panjang.

Di saat tirai kariernya dilabuhkan, Olimpian renang negara itu menghadiahkan Malaysia sebuah kenangan paling indah -- rekod kebangsaan.

Advertisement

Ia menyaksikan catatan 4 minit 12.81 saat memadam rekod 16 tahun milik kuartet diketuai Khoo Chai Lin yang bertahan sejak temasya Vientiane 2009, momen istimewa itu dikongsi Jinq En.

"Saya telah berusaha sepanjang karier untuk memecahkan rekod kebangsaan dalam acara ini," katanya.

"Dan akhirnya dalam perlumbaan terakhir karier saya, ia berjaya dipecahkan dan bakal menjadi perlumbaan yang sentiasa dalam karier saya."

4x100 meter rampaian wanita di Sukan SEA Thailand menjadi aksi terakhir Jinq En bersama pasukan negara.

Sepanjang kariernya, Jinq En muncul antara perenang kuak dada paling konsisten dan berjaya pernah dilahirkan Malaysia.

Menerusi debut di Singapura 2015 sehingga persaraan di Thailand 2025, perenang berusia 28 tahun itu telah mengumpul 11 pingat merangkumi empat emas, empat perak dan tiga gangsa.

Must Watch Video