Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: 'Jika kita bentuk mereka sebetulnya memang boleh pergi jauh'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Nafuzi

Rumusan terbaik skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan meraih pingat gangsa dalam Sukan SEA Thailand boleh dianggap sebagai pencapaian terbaik buat anak buah dan barisan kejurulatihan Nafuzi Zain.

Penilaian itu dibuat berdasarkan perbezaan kualiti pemain antara Malaysia dan kuasa besar serantau seperti Thailand serta Viietnam.

Advertisement

Harimau Muda dianggap sebagai skuad mentah untuk saingan kali ini kerana kebanyakan pemain masih cetek pengalaman untuk beraksi di peringkat tertinggi.

Ia, menyaksikan empat pemain sahaja yang menjadi pilihan utama kelab masing-masing iaitu Ubaidulllah Shamsul Fazili, Haqimi Azim Rosli, Aliff Izwan Yuslan dan Haziq Kutty Abba.

Selebihnya pula beraksi dalam liga bawahan di bawah anjuran Liga Bolasepak Amatur (AFL), berbeza dengan Thailand yang dibarisi seramai 10 pemain daripada Thai League 1, manakala enam pemain Vetnam pula mewakili skuad senior.

Namun, anak buah Nafuzi tetap berupaya memberi cabaran kuat sebelum mengakhiri perjuangan di kedudukan ketiga terbaik meskipun turut berdepan pelbagai rintangan dalam dan luar padang.

Selain isu pelepasan pemain, skuad muda negara juga diuji dengan krisis kecederaan, di tambah pula tidak diletakkan sebarang harapan untuk pulang dengan kalungan pingat.

"Mereka semua ini berbakat tinggi, dan pingat ini satu pengajaran berguna buat mereka.

"Di samping persiapan yang tak setaraf pasukan lain. Jika kita mampu membentuk mereka dengan sebaiknya, mereka boleh pergi jauh," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Kejayaan ini turut menjadi bukti peningkatan prestasi skuad muda negara berbanding dua tugasan terdahulu, iaitu Piala Mandiri ASEAN B-23 dan Kelayakan Piala Asia B-23.
 

Must Watch Video