Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Ini temubual wartawan Astro Arena bersama Jojo Ghazali selepas Miki rangkul emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

JOJO

Wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, dalam rancangan 'What's up Thailand' hari ini sempat menemu bual jaguh muay thai negara, Johan Ghazali, selepas kejayaan adiknya, Mikail Ghazali, meraih pingat emas di Sukan SEA Thailand, semalam.

Johan yang turut mesra disapa Jojo itu berkongsikan karakter adiknya yang kian lebih matang selain bijak bertarung ketika berada di dalam gelanggang.

Advertisement

Miki meraih pingat emas acara muay thai lelaki 57 kilogram dalam debut pertamanya di temasya dwitahunan itu selepas menewaskan wakil Thailand, Suphakon Sirilun, pada usia 16 tahun.

"Miki memang petarung yang bijak, boleh lihat gaya Jojo, Miki mahupun Ilyas berbeza. Jika kejohanan begini memang seperti makanan dia.

"Secara peribadi dia pemalu sedikit, mungkin dia semakin matang, itu memang gaya dia," katanya.

Dalam pada itu, Jojo turut berkongsikan hasratnya lima tahun lalu yang tidak kesampaian untuk menyertai Sukan SEA sebelum ini susulan faktor usia yang masih tidak mencukupi ketika itu.

"Jojo memang sasar ke Sukan SEA pada mulanya kerana Jojo dah menang kejohanan di peringkat kebangsaan, dan ketika itu ada pemilihan di peringkat Sukan SEA pada usia 14 tahun, apabila sudah menang semua tetapi mereka kata usia tidak cukup." katanya.

 

 

 

Must Watch Video