Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Ini adalah kali terakhir saya...

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Jinq

Perenang senior negara, Phee Jinq En, berjaya meraih pingat gangsa bersama dalam saingan final 50 meter (m) kuak dada Sukan SEA Thailand selepas mencatatkan 31.71 saat (s).

Walaupun hanya gangsa, ini juga mungkin menjadi pingat terakhirnya dalam temasya dwitahunan itu apabila Jinq En mengesahkan dia bakal bersara dalam kejohana terbesar Asia Tenggara itu.

Advertisement

"Saya gembira dapat berada di atas podium.

"Saya sangat berwaspada dengan ancaman atlet Singapura dan Thailand.

"Tak sangka saya berjaya mengukir nama di podium.

"Ini adalah Sukan SEA terakhir saya.

"Umur adalah faktor terbesar," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

Must Watch Video