Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Hidayat sasar lengkapkan koleksi pingat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Sukan SEA Thailand: Hidayat sasar lengkapi koleksi pingat

Buruan kilauan pingat emas Sukan SEA diteruskan Nur Hidayat Ar-Rasyid -- perjalanan karier Hidayat disulami dengan cerita menakjubkan mana tidaknya, dia sudah pun berjaya meraih dua pingat perak dan empat gangsa di pentas Sukan SEA.

Sensasi Hidayat bermula di 2017 di Kuala Lumpur apabila membantu skuad chinlone negara.

Advertisement

Bukan sekali tetapi dua kali Hidayat cuba menjelmakan pingat emas dengan kali terakhir di Sukan SEA Kemboja dua tahun lalu namun terpaksa akur dengan pingat perak dan gangsa.

Seiring dengan evolusi sukan teqball di pentas global, Hidayat mengambil langkah drastik untuk beraksi dalam acara tersebut kali ini.

Teqball dipertandingkan buat kali pertama dalam sejarah penganjuran Sukan SEA — atas dasar itu, Hidayat menjadikan pentas ini sebagai 'misi pelengkap' koleksi pingat peribadinya di temasya dwitahunan itu.

Hidayat bakal beraksi dalam acara beregu campuran bersama Nurul Syafiqah, memburu antara lima pingat emas yang ditawar menerusi acara perseorangan, beregu serta beregu campuran.

Must Watch Video