Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Harapan besar Miki Ghazali ke final demi emas muay thai negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Miki

Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar akan bertemu petinju dari Laos dalam perlawanan separuh akhir muay thai Sukan SEA Thailand di Stadium Tinju Lumpinee hari ini.

Adik kepada bintang muay thai sensasi negara, Johan 'Jojo' Ghazali Zulfikar, itu menggunakan pengalamannya untuk menewaskan wakil Filipina dalam aksi suku akhir selepas tidak henti melakukan serangan berbahaya untuk mendapatkan mata.

Advertisement

Dia yang mesra disapa Miki itu mempunyai harapan besar untuk membawa pulang pingat emas kategori 57 kilogram (kg) dalam penampilan pertamanya bersama skuad kebangsaan dalam temasya dwitahunan itu.

Terdahulu, Wassof Rumijam dan Eva Anastasia Warren muncul sebagai finalis terawal Malaysia yang akan berentap merebut gelaran esok. 
 

Must Watch Video