Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Grace Wong potensi cabar podium Sukan Asia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Sukan SEA Thailand

"Saya tahu Grace Wong boleh baling lebih 65 meter tapi saya tidak mahu beritahu dia."

Itu didedahkan jurulatih baling tukul besi negara, Gu Yuan, merujuk kepada kemampuan sebenar penyumbang emas keempat negara itu yang cemerlang dengan mencipta rekod kebangsaan dan rekod kejohanan yang baru, 65.41m.

Advertisement

Rasa keyakinan itu hanya dikongsikan dengan seorang lagi atlet baling tukul negara Jackie Wong yang turut berada di Stadium Supachalasai memberi sokongan kepada rakan sepasukannya.

"Sebelum pertandingan, saya cuma beritahu kepada Jackie (mengenai kemampuan rakan sepasukannya) baling sejauh melebihi 65m.

"Saya tidak mahu beritahu kepada Grace kerana tidak mahu dia tertekan dan anggap ia sebagai tuntutan.

"Saya cuma pesan supaya jangan fikir banyak dan menikmati aksinya," katanya.

Jurulatih dari Tanah Besar itu tidak teragak-agak, mengesahkan anak buahnya sudah layak untuk beraksi di pentas Asia berdasarkan catatan Grace yang sudah mengatasi pemenang gangsa dalam Sukan Asia Hungzhou 2022.

Berita baik buat Grace dan Jackie, selepas kembali melatih kedua-dua atlet ini sejak tiga bulan lalu, Gu Yuan sedia untuk membantu kedua dua atlet ini hingga ke Sukan SEA Malaysia 2027, selain Sukan Asia dan Sukan Komanwel yang akan berlangsung tahun depan selepas dua tahun tidak bersama mereka.

"Dia mampu memenangi gangsa Sukan Asia.

"Pemenang gangsa edisi lalu membuat balingan di bawah 64m," katanya.

 

 

Must Watch Video