Atlet luncur ais negara, Fang Ze Zeng, membutirkan kilauan emas pertama dalam saingan hari keempat temasya Sukan SEA Thailand 2025 di Imperial World Samrong, Samut Prakan, Thailand, sebentar tadi.
Dia mengungguli acara akhir gaya bebas luncur ais dengan penampilan yang memukau para juri sekali gus menyumbangkan pingat emas ke-11 negara hari ini.
Advertisement
🚨Kilauan emas di gelanggang ais! Malaysia ungguli Final Gaya Bebas Luncur Ais di Imperial World Samrong, Samut Prakan. 🥇⛸️@ASTROARENA pic.twitter.com/cZL2GpVTcI
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 13, 2025
Ze Zeng mengumpul 157.22 mata untuk menewaskan pencabar terdekat daripada Filipina dan Thailand.
Maklumat lanjut di Nadi Weekend malam ini.