Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Emas penguat semangat untuk ibu lawan barah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

boling tenpin

"Saya berjuang untuk ibu."

Demikian luah pemain tenpin boling negara, Natasha Roslan, apabila mendedahkan kejayaan meraih pingat emas berpasukan wanita Sukan SEA Thailand, bukan sekadar kemenangan di atas gelanggang.

Advertisement

Tetapi, ia sebuah perjuangan hati yang didedikasikan khas buat ibu tercintanya yang sedang bertarung dengan barah ketika ini.

"Saya mahu (hadiahkan) emas Kejohanan Dunia dan tak kesampaian tapi Dia (Allah) bagi dekat Sukan SEA.

"Saya mahu menghadiahkan kejuaraan ini untuk (sebagai penguat semangat) berjuang atas apa yang perlu dilaluinya.

"Dia sedang menjalani kimterapi. Saya mahu tunjukkan bahawa saya akan berjuang disisinya," katanya.

 

 

 

Must Watch Video