Nur Ainaa Amani Ampandi menepati pilihan utama sebaik mengesahkan kemenangan 3-1 ke atas rakan senegara, Yee Sin Ying, untuk pingat emas dalam Sukan SEA Thailand, hari ini.
Untuk kemunculan kali pertama dalam temasya dwitahunan ini di kedudukan podium utama, Nur Ainaa Amani menganggap pengorbanan terbayar setelah diuji beberapa kecederaan sepanjang tahun ini.
Advertisement
Kejayaan termanis Nur Ainaa Amani turut diraikan besama ibunya, Noor Suria Awang Hassan, yang turut berada di Bangkok bagi memberikan sokongan buat anak kesayangannya.
Dari awal lagi jangkaan terhadap saya memang tinggi sebab saya adalah pilihan utama.
"Saya berdepan tekanan tinggi, lebih-lebih lagi bertemu rakan senegara dan pelapis saya.
"Saya tahu perlu lakukan sesuatu yang berbeza dan ia berhasil.
"Kemenangan ini sangat bermakna kerana kecederaan dan menjadi suntikan moral untuk bertambah maju.
"Emak tidak pernah terlepas kejohanan yang saya sertai. Ini adalah kejuaraan besar yang pertama buat saya.
"Saya sangat lega sebaik memeluk emak, segala tekanan hilang," katanya.