Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Emas ke-32 negara dibutir Yan Jia Chi!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Sukan SEA Thailand: Yan Jia Chi butir emas buat kontinjen negara!

Berkelana selama setahun di Thailand menuai hasil buat atlet muay thai negara, Yan Jia Chi, selepas dia meraih pingat emas acara wai kru di Sukan SEA Thailand, hari ini.

Dalam aksi final di Stadium Lumpinee, Jia Chi atau lebih dikenali Angie menewaskan juara dunia dan wakil tuan rumah, Thongduang Thanawan.

Advertisement

Angie mempamerkan gerakan yang berjaya memikat hati lima juri ketika meraih 9.33 mata berbanding Thanawan 9.20 mata, sekali gus bintang tuan rumah itu terpaksa berpuas hati dengan perak.

Angie merupakan pemenang pingat emas sebanyak tiga kali dalam Kejohanan Dunia Bawah 23 Tahun (U23) anjuran Persekutuan Muaythai Antarabangsa (IFMA) pada 2023 di Thailand, 2024 (Greece) dan 2025 (Turkiye).

Must Watch Video