"Saya juga ingin buktikan bahawa saya yang terbaik di Malaysia"
Itu laungan atlet rejam lembing negara, Elrick Roslee, yang bakal membuat debut dalam Sukan SEA Thailand 2025, hujung tahun ini nanti.
Advertisement
Kali ini Malaysia menghantar barisan atlet terbaik negara, dan Elrick juga ingin membuktikan dia dalam kalangan yang tersebut, meskipun ini merupakan penampilan pertamanya dalam kejohanan dwitahunan itu.
"Sedikit gemuruh kerana Sukan SEA ialah kejohanan yang besar di Asia Tenggara, dan kami membawa nama Malaysia.
"Saya juga ingin memberikan yang terbaik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
Begitupun, Elrick ketika ini sedang menjalani proses pemulihan mengenai kecederaan bahunya.
Dia mempunyai sasaran untuk menggegar Sukan SEA pertamanya dengan sekurang-kurangnya mendapatkan catatan peribadi terbaik.
"Kondisi saya dalam keadaan baik, namun bahagian bahu sedikit sakit.
"Tetapi, itu tidak menghalang saya untuk berlatih dengan sasaran untuk memperbaharui rekod peribadi," tambahnya.