Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: 'Dia tolong tenangkan, dia watak utama'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Qayyum

Saingan 3 meter (m) papan anjal seirama lelaki negara menyaksikan gandingan  Rui Jie Yong-Nurqayyum Nazmi Nazim mencipta sensasi selepas berjaya meraih pingat emas dalam aksi debut Sukan SEA Thailand.

Ia, sekali gus pasti menjadi pemangkin kepada kejayaan kedua-dua penerjun muda negara itu untuk cuba mengisi tempat yang ditinggalkan ‘generasi emas’ sukan terjun negara.

Advertisement

Walaupun wujud tekanan, namun mereka menegaskan ini merupakan peluang untuk mereka melakar jalan cerita sendiri dalam arena terjun dunia.

Sebaga rekod, ia merupakan pingat emas kedua kem terjun negara dalam edisi ini selepas gandingan Nurul Farisya Alia Affendi-Nur Eilisha Rania Abrar Raj menjuarai acara 10m platform seirama wanita.

"Saya sangat gembira hari ini.

"Terima kasih kepada Rui Jie Yong kerana banyak menenangkan saya. Dia watak utama hari ini.

"Kami relaks tidak mempedulikan skor pihak lawan, sebaliknya fokus terjunan sendiri," kata Nurqayyum kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

Must Watch Video