Selepas membuka kempen Sukan SEA Thailand 2025 dengan kemenangan bergaya 4-1 mengatasi Laos, skuad B-23 tahun menerima suntikan semangat baru menjelang pertemuan menentang Vietnam nanti.
Ini susulan kapten pasukan, Ubaidullah Shamsul Fazili, disahkan kembali memperkuatkan pasukan setelah disisihkan pada perlawanan pertama kerana komitmen bersama kelab.
Advertisement
Ubaidullah terbang dari Kuala Lumpur ke Bangkok, Thailand selepas membantu Terengganu mengikat Kuching City 1-1 dalam aksi Liga Super Jumaat lalu.
Kepulangannya pemain berusia 22 tahun itu semestinya memberikan kestabilan pada bahagian pertahanan selain meningkatkan karakter kepimpinan di dalam padang.
Perkara itu diakui rakan sepasukannya biarpun barisan pemain sedia ada tidak berdepan masalah untuk bermula dengan langkah kanan dalam saingan Kumpulan B.
"Ketiadaan tiga pemain utama tidak menjejaskan, pemain yang ada lakukan sehabis baik selain mengikut arahan jurulatih.
"Saya harap pemain dapat berikan yang terbaik berdepan Vietnam nanti," kata penyerang B-23 negara, Haqimi Azim Rosli.
Ketiadaan Ubai menyaksikan jurulatih Nafuzi Zain mempertaruhkan Aiman Hakimi Othman, Aysar Hadi dan Moses Raj di bahagian pertahanan tengah.
Trio itu mempamerkan aksi ampuh disebalik ketajaman penyudah pasukan yang meraih empat gol masing-masing menerusi Haykal Danish, Haqimi Azim, Moses dan Muhammad Abu Khalil.
"Alhamdulilah, kami bolos awal pada mulanya tetapi mentaliti pemain mencari gol sangat bagus.
"Kami tidak menyerah kalah lebih awal." tambah Muhammad Abu Khalil.