Pelari pecut negara, Danish Iftikhar Muhammad Roslee, memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 200 meter ketika meraih gangsa Sukan SEA Thailand, sebentar tadi.
Selepas meraih pingat gangsa dalam acara 100m, Danish sekali lagi bertindak sebagai penyumbang pingat kontinjen negara dan kali ini menerusi acara 200m.
Advertisement
Catatan 20.73s menyaksikan dia meleburkan rekod kebangsaan milik Russel Alexander Nasir Taib (20.77s) untuk meraih tempat ketiga.
Emas milik raja pecut Asia Tenggara dan juga wakil tuan rumah, Puripol Boonson manakala pelari Singapura meraih perak.