Skip to main content

Badminton

Sukan SEA Thailand: Chen Tang Jie-Toh Ee Wei beri perhatian lebih tahap fizikal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton

Juara dunia beregu campuran 2025, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, menyahut cabaran menuai pingat emas dalam Sukan SEA Thailand yang membuka tirai 9 Disember depan.

Cemerlang mencipta dua kejuaraan dalam kalendar jelajah BWF musim ini -- terbaharu dalam Terbuka Australia -- Tang Jie-Ee Wei optimis rentak kecemerlangan itu mampu diteruskan di Thailand.

Advertisement

Lebih tertumpu untuk menyumbang kudrat dalam acara berpasukan, bagi mereka tekanan daripada pihak lawan jatuh nombor dua, sebaliknya disiplin diri ketika latihan serta perlawanan kekal sebagai fokus utama.

Dengan status kecergasan kini 80 peratus pulih, Tang Jie-Ee Wei mengakui perlu mencari cara bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut.

"Kami sentiasa fokus kepada diri sendiri, rutin latihan amat penting.

"Pihak lawan sukar diduga jadi kami perlu berlatih dengan baik dan jaga tahap fizikal sebab tahun ini kami mula (dilanda) kecederaan ringan," kata Tang Jie.

Tambah Ee Wei: "Apa yang paling ditakuti atlet adalah kecederaan.

"Kami perlu belajar untuk menanganinya."

Must Watch Video