Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Azrai Aizad realisasi cabaran jurulatih hoki padang negara kenduri gol

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki

MALAYSIA 21 MYANMAR 1

Azrai Aizad Abu Kamal menyahut amanat ketua jurulatih hoki padang lelaki, Sarjit Singh, ketika membantu The Speedy Tigers berpesta gol menyumbat 21 gol menerusi lapan senarai penjaring berbeza hari ini.

Advertisement

Dia mengetuai pesta gol itu dengan tujuh gol peribadi di Chonburi ketika mereka turun buat kali pertama dalam misi memburu kilauan pingat emas ke-18 dalam sejarah sejak penyertaan pertama dalam edisi 1971 hingga 2023 di Kemboja.

Sarjit meraih penampilan ke-100 bersama skuad negara pada 1988 -- dengan membantu skuad kebangsaan mencetak kemenangan bergaya -- menunundukkan Taiwan 17-0.

"Jurulatih cabar saya ketika sesi pemanas badan.

"Lutut saya semakin pulih dan saya perlu ingatkan diri sendiri juga.

"Saya perlu berhati-hati beraksi di atas padang tiruan yang licin ini kerana masih ada kejohanan yang lebih penting. 

"Kalau kembali ditimpa kecederaan, ia mungkin memerlukan masa yang lama," katanya.

Sementara itu, Amanraj Singh melakar sejarah peribadi apabila melakukan kemunculan pertama bersama skuad senior.

 

 

Pemain serba boleh berusia 20 tahun itu merupakan salah seorang daripada tiga muka baru yang mneyertai kem negara daripada anggota Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) yang lalu.

"Ia satu perlawanan yang bagus dan pengalaman yang bagus untuk pertama kali mewakili negara.

"Saya menyumbat dua gol dan memberi satu bantuan jaringan.

"Kami mahu mengekalkan mentaliti yang positif dan kalau boleh inginkan kemengan dengan jaringan yang besar," katanya.

Must Watch Video