Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Aznil raih pingat perak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Aznil Bidin raih perak

Atlet angkat berat negara, Aznil Bidin meraih pingat perak dalam kategori bawah 65 kilogram di Sukan SEA Thailand, sebentar tadi.

Badang negara, Aznil Bidin memulakan saingan snatch kategori 65 kilogram menerusi angkatan yang memberangsangkan.

Advertisement

Angkatan pertama bebanan 133 kilogram menyaksikan Aznil cemerlang sebelum menambah bebanan di angkatan kedua kepada 136kg.

Sayangnya angkatan kedua Aznil gagal, ,emaksa percubaan diteruskan di angkatan ketiga namun kekecewaan mengiringi Aznil untuk berpuas hati dengan angkat 133 kilogram menerusi saingan snatch.

Dalam kategori clean and jerk pula, Aznil memulakan angkatan pertama dengan bebanan 167 kilogram.

Di angkatan kedua dia terus cemerlang untuk tiada masalah mengangakat bebanan seberat 173 kilogram.

Sayangnya di percubaan ketiga untuk mengangkat bebanan 175 kilogram, dia gagal sekaligus membenarkan Thailand meraih emas dan Aznil berpuas hati dengan pingat perak.

Gangsa milik Indonesia.

Must Watch Video