Kem negara terus menambah koleksi pingat emas ke-21 temasya Sukan SEA Thailand menerusi ratu wushu negara, Tan Cheong Min, yang mengesahkan kejuaraan acara nanquan, nangun dan nangdao wanita pada final yang berlangsung di Kompleks Kerajaan Cheng Wattana.
Juara Dunia itu menyapu bersih dengan persembahan nangdao yang meraih 9.760 mata, diikuti nanquan 9.743 dan nangun 9.760, sekali gus mengumpul jumlah keseluruhan 29.263 mata.
Advertisement
Kilauan emas itu mengukuhkan status Cheong Min sebagai tulang belakang skuad wushu negara, selepas sebelum ini turut menyumbang dua emas dalam edisi terdahulu menerusi acara nanquan dan nangdao.
Kontinjen Malaysia terus ceria dengan tambahan satu lagi emas diraih menerusi final duilian (senjata) wanita hasil gandingan Loh Ying Ting, Pang Pui Yee dan Tan Cheong Min, yang mencatat keputusan 9.730, meninggalkan trio tuan rumah menerusi perbezaan 0.084.
Dalam pada itu, Pang Pui Yee turut menyumbang pingat perak menerusi acara changquan, jianshu, dan qiangshu, manakala Bryan Ti Kai Jie membawa pulang pingat gangsa dalam acara nanquan, nangdao dan nangun, lelaki.