Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Amanat penting buat badminton berpasukan lelaki jelmakan emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton

Jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi, memberi amaran kepada negara kelahirannya, Indonesia, menjelang pertemuan final untuk acara berpasukan lelaki esok.

Herry menegaskan beregu negara akan berada di tahap terbaik dalam perlawanan yang akan menentukan peluang Malaysia untuk mengakhiri penantian dua dekad memenangi pingat emas acara berpasukan lelaki Sukan SEA Thailand.

Advertisement

Kali terakhir Malaysia merangkul pingat emas dalam acara berpasukan lelaki adalah dalam temasya di Manila pada 2005.


"Walaupun menang, persembahan mereka masih belum mencapai tahap terbaik.

"Semoga dalam final mereka dapat berikan terbaik.

"Ia menjadi lebih sukar untuk bertemu Indonesia kerana namanya pertandingan, apa pun boleh terjadi.

"Biasalah begara yang diunggulkan biasanya akan lebih tertekan," katanya.


Aaron Chia-Soh Wooi Yik selaku gandingan nombor dua dunia dijangka memainkan peranan penting dalam menentukan peluang itu, apabila akan menentang pasangan nombor lapan dunia, Sabar Karyaman–Reza Pahlavi Isfahani.

"Sentuhan kami makin pulih," kata Aaron.  

Namun, ia tampak menjadi cabaran kuat kepada juara dunia 2022 itu memandangkan sudah sebulan tidak beraksi dalam pertandingan kompetitif sejak Terbuka Hylo di Jerman, hujung Oktober lalu.

Dan sandaran untuk menyumbang mata turut diletakkan kepada Man Wei Chong-Tee Kai Wun, yang mempamerkan aksi kurang baik dalam aksi separuh akhir bertemu Thailand.

"Bukan kami sahaja, seluruh rakyat Malaysia inginkan emas acara berpasukan.

"Kami sepasukan juga begitu," kata Kai Wun. 

Must Watch Video