Sukan SEA yang baru sahaja membuka tirai semalam menyaksikan Malaysia terlepas pingat emas menerusi sandaran negara dalam acara taekwondo.
Menerusi ciapan wartawan bertugas, Fina Nasrom, "Sandaran emas pertama Sukan Sea 2027 tersasar apabila wakil negara Jason Loo Jun Wei dan Nur Humaira Abdul Karim terpaksa akur dengan kelebihan yang diberikan kepada pasukan tuan rumah di peringkat suku akhir.
Advertisement
"Walaupun keputusan terikat dengan 8.460 mata tetapi kelebihan di berikan kepada Thailand dari segi persembahan dengan kelebihan 0.04 mata.
"Jason Loo dan Humaira merupakan pilihan pertama dan juga pemenang pingat gangsa di Kejohanan Dunia Hongkong pada Dec 2024."
Sandaran emas pertama Sukan Sea 2025 tersasar apabila wakil negara Jason Loo Jun Wei & Nur Humaira Abdul Karim terpaksa akur dengan kelebihan yang di berikan kepada pasukan tuan rumah di peringkat suku akhir
Walaupun keputusan terikat dengan 8.460 mata tetapi kelebihan di… pic.twitter.com/UAlCp4RWA3— FinaNasrom (@fnasrom) December 10, 2025
Ketika ini, Malaysia meraih satu pingat gangsa menerusi Chin Ken Haw meraih pingat gangsa menerusi acara Poomsae Bebas lelaki.
Pingat emas menjadi milik Macario Justin Kobe dari Filipina manakala perak dimenangi wakil tuan rumah, Koedkaew Atchariya.
Ikuti perkembangan terkini Sukan SEA menerusi Stadium Astro.