Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Ada balik bertongkat, ada tangan berbalut -- Nafuzi syukur perjuangan Harimau Muda

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Nafuzi

Persiapan selama 11 hari, isu pelepasan dan krisis kecederaan tidak menghalang perjuangan skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) menggondol pingat gangsa menewaskan Filipina dalam Sukan SEA Thailand, petang tadi.

Jaringan daripada tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT) II, Danish Hakimi Sahaludin, dan bintang Kuala Lumpur (KL) City, Haqimi Azim Rosli, menghadiahkan tempat ketiga buat pasukan kebangsaan, sekali gus memenangi pingat buat kali pertama sejak edisi 2017.

Advertisement

Ditanya kepada ketua jurulatih Harimau Muda, Nafuzi Zain, ini demi membalas dendam mengubati kekalahan kepada Filipina dalam Piala Mandiri ASEAN B-23, Julai lalu.

"Situasi ini berlaku dari awal lagi melibatkan keluar-masuk pemain. Di bangku simpanan juga hanya ada beberapa pemain.

"Percaturan boleh dibuat berdasarkan pemain yang ada untuk mendapatkan kemenangan.

"Motivasi mereka sangat tinggi. Mereka mahu membalas dendam atas kekalahan lalu.

"Perjuangan pemain itu yang patut dihargai. Ada yang balik bertongkat, tangan berbalut dan ada yang cedera.

"Segala penat lelah berhasil untuk negara," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. 

Must Watch Video