Kem Hoki 5 sebelah lelaki menepati ramalan apabila apabila meraih tiga kemenangan berturut-turut dalam pusingan round robin Sukan SEA Thailand.
Dan, ia sekali gus menyaksikan Malaysia mencatatkan 31 gol secara keseluruhan menjadikan pasukan paling banyak membuat jaringan untuk bergelar juara kumpulan.
Fulltime Hoki 5s
Thailand 1-9 Malaysia
Malaysia juara kumpulan selepas tiada kekalahan dicatatkan, laluan mudah di separuh akhir dengan Filipina menjadi lawan 🔥@ASTROARENA pic.twitter.com/ZdeFm1fvym— Kamal Nizam (@kamalnizamm) December 8, 2025
Advertisement
Usai menewaskan tuan rumah 9-1, skuad kendalian Wan Roslan Wan Abdul Rahman itu akan menentang Filipina dalam perlawanan separuh akhir, dan dijangka menerima laluan mudah untuk ke final.