Pengurus skuad bola sepak wanita Malaysia, Datuk Suraya Yaacob, menyeru supaya anak buahnya segera bangkit menjelang pertemuan terakhir menentang Filipina dalam perlawanan Kumpulan B Sukan SEA Thailand di Chonburi.
Malayan Tigress mengalami kekalahan kedua berturut-turut kepada Vietnam dan Myanmar dalam kempen edisi kali ini.
Advertisement
Usai tewas kepada Vietnam 0-7, pasukan kebangsaan juga ditumbangkan Myanmar 0-3.
Malang berganda buat Malaysia apabila Nur Adrienna Zamzaihir dilayangkan kad merah susulan menjadi mangsa provokasi meskipun cuba menafikan kesalahan tersebut tetapi pemain Myanmar bertindak berlebihan.
Bercakap kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis, Ahli Jawatankuasa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu juga mencabar para pemain supaya kembali bersemangat dan mahu mereka meninggalkan 'belang' terhadap Filipina.
Cabar Malayan Tigress ‘tinggalkan’ belang di Chonburi (Ledak Gol Sulung) Sukan SEA 2025
-Datuk Suraya Yaacob-
1st game : Malaysia 0-7 Vietnam
2nd game : Malaysia 0-3 Myanmar@ASTROARENA pic.twitter.com/wWzPWWTZIq— karlnunis (@_karlnunis) December 8, 2025