Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Tenpin boling cadang tukar format asal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

boling tenpin

Setiausaha Agung Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC), Maradona Chok, bertekad mengembalikan format lama dalam Sukan SEA 2027.

"Kami adalah juara keseluruhan lelaki Asia dalam tempoh enam tahun.

Advertisement

"Pasukan lelaki kita sangat mantap dan kami bercadang mengembalikan (peraturan pertandingan) kepada format asal berbanding temasya di Thailand," katanya selepas berakhir Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MTBC hari ini.

Dibandingkan dengan Sukan SEA Thailand, format ditukar kepada kalah mati dengan hanya satu game sahaja untuk satu perlawanan, berbanding format asal yang menampilkan enam game dalam setiap perlawanan.

Perubahan kembali ke format asal ini juga merupakan satu langkah strategik untuk Malaysia muncul juara keseluruhan apabila menjadi tuan rumah kelak.

"Saingan rantau Asia Tenggara merupakan wilayah paling sengit dengan sekurang-kurangnya lima pasukan -- Malaysia, Singapura, Filipina, Thailand dan Indonesia -- mampu menjuarai gelaran dunia.

"Persaingan di rantau ini sangat sengit. Kita perlu tingkatkan sukan ini, tambah pertandingan selain saling membantu antara negara bagi memantapkan prestasi kami," katanya.

 

Must Watch Video