Pengumuman barisan pemain hoki 5 sebelah ibarat laungan bahawa Malaysia sudah langkah kanan untuk meraih gelaran juara.
Ini apabila 70 peratus daripada barisan yang dipilih merupakan pemain yang berjaya membawa Malaysia sebagai naib juara di Piala Dunia FIH 5s 2024.
Advertisement
Dengan kehadiran pemain terbaik Piala Dunia, Mohamad Akhimullah Anuar Esook yang dijangka memberi tonik terbaik buat pasukan negara.
Sementara itu, jurulatih kebangsaan, Wan Mohd Roslan Wan Abd Rahman, menyifatkan mereka tidak boleh memandang rendah pesaing mereka di Sukan SEA.
Walaupun hanya empat pasukan sahaja yang bertanding, namun skuad negara perlu berhati-hati dengan kredibiliti tuan rumah dan juga negara jiran, Indonesia.
Pengumuman barisan pemain Hoki 5S ibarat laungan bahawa Malaysia sudah langkah kanan untuk raih gelaran juaraπππͺπ₯#SukanSea2025 #NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/3RYDtYsmQG
β Astro Arena π²πΎ (@ASTROARENA) November 28, 2025