Sukan SEA 2027 bakal menyaksikan Malaysia sebagai tuan rumah buat edisi ketujuh dengan empat kluster terlibat iaitu Sarawak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur bakal menjadi upacara bagi lokasi penutup selain 14 sukan dipertandingkan iaitu badminton, berbasikal (Velodrom Nasional, Nilai), bola tampar, bola jaring, ekuestrian, hoki, karate, lawan pedang, luncur ais, olahraga, pencak silat, ragbi dan ski air.
Advertisement
"Untuk Sukan SEA 2027, akan ada empat kluster. Untuk kluster Kuala Lumpur sebenarnya tiada perancangan untuk wujudkan fasiliti baru.
"Kami akan gunakan fasiliti yang sedia ada sahaja. Sebanyak 14 jenis sukan telah ditentukan, namun acara masih belum ditamatkan.
"Kami berharap Malaysia mampu menjadi penganjur Sukan SEA yang terbaik." jelas Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif, Sekretariat MASOC 2027, Maslina Kamarudin.
Untuk rekod, pembahagian empat kluster utama melibatkan 38 jenis sukan.